Monday, May 25, 2009

Redha..

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Asslamualaikum..hmmm..sy nak kongsi dengan anda semua tentang masalah yang sy lalui sewaktu di sekolah rendah dahulu sehingga la sekarang.Begini......

Sewaktu sy darjah enam sy telah difitnah oleh kawan kawan sy.Sy difitnah meniru ketika peperiksaan canang,canang ke berapa sy tak pasti sebab dah lupa.Waktu tu perasaan sy sangat sedih..sy cuba memberitahu kawan kawan sy perkara yang sebenar bahawa sy tidak meniru ketika exam canang,tapi mereka tetap tidak percaya.Dalam sy menempuh segala tomahan yg dilemparkan kepada sy,alhamdulillah Allah SWT mengurniakan kepada sy seorang sahabat yg kini tinggal di asrama.Dia sahaja yg bersama sy ketika itu.Dia langsung tidak menghiraukan semua fitnah yg dilemparkan kepada sy dan dia memberi semangat kepada sy.

UPSR semakin hampir,sy terus berusaha.Suatu hari,kawan-kawan yg telah menfitnah sy berjumpa sy dan meminta maaf di atas segala tuduhan mereka terhadap diri sy.Sy tersenyum dan menangis kerana sy bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menunjukkan siapa diri sy yg sebenar kepada mereka.Sejak dr hari itu sy berkawan baik dengan mereka.
Alhamdulillah...ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG YANG BERSABAR..

0 comments: