Monday, December 28, 2009

..Allah Dah Bagi Jawapan Awal Awal Lagi..





Jawapan Allah swt kpd persoalan hidup kita

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN???
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnay kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar & sesungguhnya DIA mengetahui org2 yg dusta" Al-Ankabut:2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN???
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,& boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah:216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI???KNP AKU DIUJI BEGINI???
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya" Al-Baqarah:286

RASA FRUST??..TENSION??..LEMAH SEMANGAT???
"Janganlah kamu bersikap lemah,& jgnlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yg beriman" Al-Imran:139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA???
"Wahaiorang-orang yg beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara-perkara yg berkebajikan & kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh di medan perjuangan) & bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)" Al-Imran:200

"Dan mintalah pertolongan kpd Allah dgn jln sabar & mengerjakan solat & sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yg khusyuk" Al-Baqarah:45

APA AKU DAPAT DRPD SEMUA INI???
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min,diri,harta mereka dgn memberikan mereka syurga untuk mereka...." At-Taubah:111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP???
"Cukuplah!Allah bagiku,tiada Tuhan selain dariNYA.Hanya kpdMU aku bertawakkal" At-Taubah:129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!!..AKU DH BOSAN!!!
"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir" Yusuf:12

DALAM AL QURAN DAH ADA...



...Buat Semua Puteri Yang Dikasihi..






Kepada Puteriku .....

Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan. Aku tulis dan
khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya,sekarang masyaALlah!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya
untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong...aku kecurian."

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu
berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku? Renungkanlah!

Saturday, December 19, 2009

...Waheda Kini Berpurdah..





Alhamdulilah,baru-baru ini dalam ceramah Ustaz Akil Hayy di Markaz PAS Johor Bahru ada menyatakan bahawa isterinya sudah berpurdah,tapi hari ini kita mendapat gambaran bagaimana Waheda berpurdah.Nampaknya sempana hijrah ini kita melihat beberapa perubahan di dalam diri manusia yang mahukan lebih baik daripada hari semalam.Dengan semangat itu juga kita seharusnya meninggalkan zaman kejahilan kearah zaman yang penuh dengan cahaya ketauhidan.Semoga dengan semangat hijrah ini kita dapat memperbanyakkan amalan yang baik dan menjauhkan amalan mungkar.Sekian


Waheeda Kini Berpurdah

Penampilan terbaru Waheeda di sebuah majlis. Kredit gambar: blog rotikaya.com

LAMA tidak mendengar kisah tentang penyanyi ini sejak dia mengumumkan persaraannya dari dunia seni sebaik mendirikan rumahtangga dengan penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy Ogos lalu.

Khabarnya, Waheeda kini lebih tenang menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak tirinya, Maisara dan Sharif yang tinggal bersamanya dan Akhil.

Malah, ketika ditemui pada majlis persandingan mereka di Dewan Guthrie Bukit Jelutong, Shah Alam, akhir Oktober lalu, Waheeda akui kehidupannya kini cukup bahagia di samping menumpukan kepada amalan ibadah.

Terbaru, wanita berusia 30 tahun ini dilihat sudah tampil dengan imej terbarunya - berpurdah. Waheeda dilihat berpenampilan sedemikian sewaktu menghadiri sebuah majlis bersama suaminya, baru-baru ini.

Cuba dirisik kepada empunya badan, Waheeda akui dia kini senang dengan imej sedemikian. Malah, sejak dulu lagi memang penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini ini sudah menyimpan hasrat untuk berpurdah, cuma ketika itu dia belum berpeluang untuk berbuat demikian.

Malah, ketika seorang kenalan menghubunginya baru-baru ini, Waheeda kedengaran cukup ceria dan melahirkan rasa lega kerana hasratnya itu kesampaian jua.

Tiada siapa memaksa, tetapi apa yang dilakukannya itu datang daripada dirinya sendiri.

Dan berpegang kepada prinsipnya, jika boleh, dia tidak mahu lagi terlibat di dalam sesi fotografi mahupun temubual tentang kehidupannya kini. Kata Waheeda, lebih baik diajukan kepada suaminya saja kerana dia bukan lagi seorang selebriti.

Difahamkan, Waheeda juga bakal melatih anak tirinya, Sharif untuk menyanyi dan mengeluarkan album berjudul Zikirallah.

Ditanya lagi sama ada dirinya kini sudah 'berisi', kata Waheeda, rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri masih belum dikurniakan Allah.

Apapun, dia tetap bersyukur kerana dapat mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tirinya yang juga menghormati dan menyayanginya sebagai ibu sendiri.MSTAR ONLINE

Thursday, December 17, 2009

..Man Married With Character in Video Game..





This past Sunday, a man known as "Sal9000" and his fiancĂ© Nene Anegasaki vowed to stay together until death, or a power outage, do them part. You see, Sal9000's new wife Nene happens to be a video game character in the addictive Nintendo DS game Love Plus. A priest, live audience, MC, and friends of the happy couple were also present at the event, and the bride's virtual maid of honor even gave a speech. A slideshow recounted how the couple met and teased Sal for being quite the player before he met Nene — he had lots of other video game girlfriends. The whole event was livecasted, and Boing Boing put together the video below so we could all witness this unique wedding.


This story might be the first time I've heard of someone marrying an anime character, but I have read about those who "marry" other inanimate objects. The term "objectum sexuals" describes people who feel attraction, arousal, love, and commitment for objects. One woman even held a ceremony in Paris and married the Eiffel Tower. Talk about nontraditional weddings.

Wednesday, December 16, 2009

...WALIMATUL URUS...




YA ALLAH...
ANDAI KAU BERKENAN,LIMPAHKANLAH KEPADA KAMI CINTA,
YANG KAU JADIKAN PENGIKAT RINDU RASULULLAH DAN KHADIJAH AL-QUBRA,
YANG KAU JADIKAN MATA AIR KASIH SAYANG IMAM ALI DAN FATIMAH AZZAHRA,
YANG KAU JADIKAN PENGHIAS KELUARGA NABI-MU YANG SUCI..




YA ALLAH...
ANDAI SEMUA TAK LAYAK BAGI KAMI,
MAKA CUKUPKANLAH PERMOHONAN KAMI DENGAN REDHA-MU,
JADIKANLAH KAMI SEBAGAI SUAMI ISTERI YANG SALING MENCINTAI DI KALA DEKAT,
SALING MENJAGA KEHORMATAN DI KALA JAUH,
SALING MENGHIBUR DI KALA DUKA,
SALING MENGINGATKAN DI KALA BAHAGIA,
SALING MENDOAKAN DALAM KEBAIKAN DAN KETAKWAAN,
SALING MENYEMPURNAKAN DIDALAM PERIBADATAN.




YA ALLAH...
SEMPURNAKANLAH KEBAHAGIAAN KAMI,
DENGAN MENJADIKAN PERNIKAHAN SEBAGAI IBADAH KEPADA-MU,
DAN BUKTI PENGIKATAN DARI CINTA KAMI KEPADA SUNNAH KELUARGA RASUL-MU,
SESUNGGUHNYA KAULAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

AMEEN YA RABBAL ALAMIN..

(WALIMATUL URUS...DR AZWANI DAN SHAFIE)

Tuesday, December 15, 2009

.Remaja Berakhlak Di Bawah Panji Panji Nabi Yusuf A.S

Setelah Allah swt menganugerahkan ganjaran kepada golongan yang ditimpa bala cacat penglihatan dan kusta, Allah swt menyeru pula kepada para pemuda(remaja) yang berakhlak mulia(muta’akkif). Mereka diseru agar menghadap Allah swt bagi menerima anugerah, sebagai ganjaran daripada usaha ikhlas dan kesungguhan mereka mengawal diri daripada sebarang pancaroba ketika remaja.

Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar-bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam Negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah swt. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan kaum artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerahkannya kepada seseorang lantaran runtunan hawa nafsu.

Budaya barat yang bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah, menjadikan golongan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yang begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiyyah Islam, mendampingkan diri dalam kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.

Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja Mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana Negara dan pemerintah yang mengabaikan peraturan Allah swt. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjurus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah swt seperti asuhan dan bimbingan daripada ibu bapayang berpegang teguh dengan amanah Allah swt sahaja yang akan selamat daripada segala bencana itu.

Hanya golongan remaja yang mempunyai banteng pertahanan iman serta akhlak yang mulia merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah swt amat menghargai remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah swt dengan ucapan “Selamat Datang Wahai Para Remaja Yang Baik”.

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah swt terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang kekal abadi di Akhirat kelak.


Setelah Allah swtmengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu,lalu diperintahkan para malaikatsupaya menempatkan para remaja itu disebelah kanan. Untuk mereka disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah taala menyeru Nabi Yusuf a.s untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukminun, berakhlak, sabar, dan mempunyai ilmu pengetahuan.

Nabi Yusuf a.s terpilih menjadi ketua para belia yang baik budi pekerti kerana baginda adalah seorang nabi yang sangat kacak dan tampan. Ketampanannya menggoda ramai para wanit, hingga wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun Nabi Yusuf Berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu.

Ulama tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf a.s. dalam al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama “surah Yusuf” yang bukan sahaja menceritakan paras rupa nabi Yusuf a.s yang tampan dan menawan tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan baginda.

Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang nabi yang termasyhur yakni Nabi Yusuf a.s. bersesuaianlah dengan ketabahan dan kekuatan hati baginda yang Berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang Berjaya menghadapi segala godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama nabi Yusuf dibawah panji-panji hijau di Akhirat kelak.

Setelah itu, Allah swt memuliakan orang-orang yang menjalin hubungan baik sesame manusia semata-mata kerana Alah swt. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru itu mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah swt kerana sifat yang terpuji itu.

Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan banteng penghalang daripada segala persengketaan dan permusuhan.
WALLAHU MUSTA'AN.SEMOGA BERMANFAAT.

Dipetik daripada buku BERTEMU JANJI ALLAH: NIK ABD AZIZ NIK MAT

Wednesday, December 9, 2009

..Bagaimana Berwuduk Zahir dan Batin??..



Suatu hari, Isam bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid
bernama Hatim Al-Assam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman,
bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk
zahir dan batin."
Isam bertanya: "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata: "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh
semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh
hati dari tujuh perkara:

> Bertaubat
> Menyesali dosa yang telah dilakukan.
> Tidak tergila-gilakan dunia.
> Tidak mengharap pujian orang.
> Tinggalkan sifat riyak.
> Tinggalkan sifat khianat dan menipu.
> Meninggalkan sifat dengki.

"Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan
seolah-olah aku sedang berhadapan dengan Allah, syurga disebelah
kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat Maut berada di belakangku,
dan aku bayangkan pula seolah-olah berdiri diatas titian siratul mustakim
dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku.
Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

Hatim menyambung lagi: "Setiap bacaan dan doa di dalam solat,
aku faham maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk,
aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam
dengan ikhlas. Beginilah aku solat selama 30 tahun."



WUDUK bukan sekadar air yang mengalir...

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa nabi s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari akhirat nanti dalam
keadaan putih berseri pada anggota wuduk kesan daripada wuduk."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

..Isteri Solehah...Untuk Suami Soleh...



Janji Allah itu benar sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda;

"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya,
maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan
mengampuni dua ribu kesalahan dosanya,
bahkan segala sesuatu yang disinari oleh
matahari memohon ampun baginya serta
Allah mengangkat seribu darjat baginya.

""Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan
peluh ketika membuat roti,
Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka.
Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.

""Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya
ketika memotong bawang untuk
menyediakan makanan keluarganya,
Allah akan mencatat untuknya pemberian
sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah.

"" Seorang wanita yang solehah itu lebih baik
daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh
dan seorang perempuan yang berkhidmat
melayani suaminya selama seminggu maka
ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan
dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk
dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab.

""Wanita yang taatkan suaminya semua burung-burung di udara,
ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya selama mana ia
(isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai
(serta menjaga sembahyang dan puasanya)."

Sunday, December 6, 2009

...Pengajaran Untuk Semua...

Baca dengan hati seorang ISLAM....!
Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang
Islam di Malaysia
Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh
pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.
Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga
beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi.. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang x patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk disaman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.
Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.

Sunday, November 22, 2009

Hadiah Dari ALLAH



Hadiah ialah sesuatu yang menjanjikan kemanisan dan keseronokkan. Tambahan pula jika ia datang dari orang yang kita sayang. Ia akan menjadi lebih bermakna jika kita tidak pernah memilikinya dan sangat mendambakan hadiah itu. Tapi, jika hadiah yang kita perolehi itu ialah sesuatu yang kita pernah atau telah miliki tentu sahaja kita tak akan menghargainya, atau jika kita menghargainya sekali pun, mungkin tidak lama.

Kemanisan mendapat sesuatu yang memang kita dambakan ialah satu kemanisan yang akan menjanjikan satu rasa kebahagiaan dan keseronokkan yang tak mungkin dapat digambarkan. Dan jika hadiah itu rosak atau hilang, kita akan merasakan satu kehilangan yang teramat sangat.

Islam yang terpahat di dalam dada kita merupakan hadiah yag paling berharga dan sangat di dambakan oleh sesiapa sahaja walaupun mungkin kita dan ramai lagi diluar sana yang tidak menyedarinya.

Bagi kita yang sudah dilahirkan sebagai muslim, mungkin ada yang tidak memahami betapa manisnya mengecap nikmat Islam, tapi bagi mereka yang bukan Muslim dan kemudiannya mendapat hidayah untuk memeluk Islam,nikmat Islam itu seumpama setitis air yang sangat didambakan setelah lama kehausan, sebagai seberkas cahaya setelah lama kegelapan.

Ya, kita faham Islam itu agama yang satu-satunya diredhai, tetapi berapa ramai muslim yang hanya pada namanya? Berapa ramai pula yang tidak memikul tugas dan menjadi seperti yang disyahadahkan? Berapa ramai pula saudara baru yang memiliki kefahaman dan pengetahuan mengenai Islam lebih baik dari kita?

Ini kerana mereka faham dan tahu betapa manisnya hadiah dari TUHAN, betapa manisnya menjadi manusia yang terpilih untuk mendapat rahmah dan hidayah-NYA. Jadi mereka menjaga hadiah itu lebih baik dan ingin pula berkongsi kemanisan itu dengan mereka yang sudah dan belum pernah atau dapat merasakan kemanisan yang mereka rasai.

Manusia itu pelupa sifatnya. Jadi jika mereka sudah mendapat atau diberi sesuatu itu sejak lahir lagi, mungkin mereka tidak faham nikmatnya hadiah itu. Jadi tinggallah mereka terus menjadi orang-orang yang pelupa.

Janganlah kita menjadi orang yang pelupa,kerana sekali kita terlupa dan biasakan diri untuk terus terlupa, takut-takut kita akan terus tidak pernah ingat betapa indahnya dan manisnya 'hadiah' yang kita perolehnya dengan mudah berbanding mereka yang terpaksa membelinya dengan darah,keringat dan air mata.

Wednesday, November 11, 2009

Setelah sekian lama menyepi...

Bismillah...
salam buat sahabat sekalian..

sekian lama menyepi akhirnya muncul kembali..
alhamdulillah..Allah SWT masih memberi peluang kepada sy untuk terus hidup di atas muka bumiNya..
banyak perkara yang sy ingin kongsikan bersama sahabat sekalian

1.MAJLIS ISTIADAT KONVOKENSYEN UITM 2009.

Alhamdulillah..hari yang di nantikan telah tiba..majlis yg penuh gilang gemilang buat sy sekeluarga..
Kakak sy(Nurul Aishah) telah pun menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat...
Majlis telah berlangsung pada 21.10.2009.Majlis ni juga dapat menaikkan semangat sy untuk terus berusaha menuntut ilmu..dan sy juga rasa sangat berbangga dengan kejayaan kakak sy..Kini dia bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej dan telah pun menjalani temuduga yg pertama untuk menjadi guru di MRSM.Semoga cita cita dia untuk menjadi seorang guru tercapai InsyaAllah..

2.PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009.

Pada 27.10-3.11.2009 exam akhir tahun telah berlangsung..hmm..memang agak susah..kalau tak susah bukan exam namanye..alhamdulillah sy dapat menjawabnya dengan baik..semoga sy dapat keputusan yang terbaik..insyaAllah...

3.MAJLIS PERPISAHAN PENGAWAS 2009.

Majlis ini telah pun selamat berlangsung pada 11.11.2009 di SMKDMT.Majlis ini agak meriah tambahan lagi dengan kehadiran GPK 1 yg baru iaitu Tuan Hj Mohd Isa b Abd Wahab.Selepas ini tiada lagi Mohd Fazli b Tamziz yg merupakan ketua pelajar SMKDMT 2009.Beliau sangat berdedikasi dan mempunyai ciri ciri kempimpinan yang baik.Sepanjang beliau berkhidmat tidak pernah beliau menegur pengawas dengan cara yang kasar dan beliau banyak membantu pengawas yang bermasalah..Semoga Allah memberkati segala usaha beliau dan beliau memdapat keputusan yg terbaik dalam STPM 2009.InsyaAllah..

3.PERPISAHAN DENGAN UKHTI NUR IZZATI BT ZUL NAIDI.

Ini merupakan satu perpisahan yg tak disangka sangka.Dia merupakan kakak angkat sy.Sy begitu menyayangi dia walaupun ramai pelajar mengatakan yg dia seorang yg riak tapi itu tidak mengurangkan rasa syg sy pada dia.Hari terakhir sy dapat berjumpa dengan dia merupakan hari yg tak mungkin sy lupakan.Sy menitiskan air mata ketika dia mencium pipi sy.. Semoga kami dapat bertemu kembali...InsyaAllah..

Thursday, October 8, 2009

BAGAIMANA BERCINTA DALAM ISLAM YE?????

Forum Waktu Solat
April 4, 2008
BAGAIMANA BERCINTA DALAM ISLAM?


Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.
Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun

mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi
yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah
orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.

Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah. Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.

Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan
kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!

Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadaphamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.

Wednesday, September 30, 2009

Fadzrin suke call orang guna publik je??

ASsalamualaikum..
siapa fadzrin???umur dia berapa??kenapa dia suka call orang guna publik ja???
haaa...di sini saya akan ceritakan segala galanya tentang Fadzrin ni..
BEGINI...........


Mohd Fadzrin Bin Ibrahim seorang pelajar SMK DATO MOHD TAHA,GEMENCHEH..
Dia sekarang berumur 14 tahun..
Maknanya sama lah umur dengan saya..
Dia seorang yang periang dan pandai buat kelakar.


Pada suatu hari,saya tanya dia..."Kenapa kau tak pakai hp?"Kemudian dia pun jawab..
"Sebab bila aku pakai hp mesti pecah..tu yang aku malas tu."dia sambung lagi.."Aku ni suka jahanam an hp abang aku..so,untuk mengelakkan hp aku jahanam,aku tak pakai la hp..hakhak"


Saya pun tergelak la sekali..Fadzrin cakap bila dia bosan,dia akan menyelongkar barang..kadang kadang dia bukak CPU PC..hakhak.Dia akan bukak semua barang elektronik untuk tengok isi di dalam barang barang tu semua...


Di sekolah FAdzrin suka menyakat orang..bagi saya,dia ni bukan macam budak budak lain di sekolah saya..Dia bukan jenis yang suka ponteng..Dia pandai mengambil hati orang dengan cara lawak dia..


PErnah sekali,saya digosipkan dengan FAdzrin..kononnya saya suka pada si Fadzrin..
Mungkin sebab setiap kali saya pandang Fadzrin,saya rasa asyik nak tersenyum..kalau saya marah sekali pun,saya mesti akan tersenyum bila pandang Fadzrin..


SAmpai lah ada seoarang kawan kami ni,cakap kami berdua memang secocok..Tapi walaubagaimanapun saya tetap anggap dia tidak lebih sebagai seorang sahabat...
Seorang sahabat yang rapat dengan saya..


Ustaz kami,Ustaz HAfiz suka sakat si FAdzrin..sebab ustaz suka usik rambut Fadzrin..RAmbut dia ikal..lain la..lagi satu bulu kening Fadzrin tebal..
Senang cerita,Fadzrin ni lain dari yang lain la..


Lagi satu tentang FAdzrin ni,dia menulis laju..ramai cikgu yang bising sebab tak faham apa yang dia tulis..Dia macam tergesa gesa untuk menulis..Tapi dia memang best..kelakar..hehe


Saya berharap,ukhwah antara saya dan FAdzrin kekal buat selama lamanya..
InsyaAllah..

Wednesday, September 23, 2009

Alkisahnya..



“Assalamu’alaikum…,” sapa perempuan tua berjubah serba hitam. Saya terhenti seketika, terkejut sebenarnya kerana beliau menunggu saya sedari tadi.

“Wa’alaikumussalam,” saya menjawab mesra. Lengan mak cik itu segera dipautkan ke lengan saya. Dia ingin saya membimbingnya berjalan menuju masjid di tepi rumah untuk solat terawih malam itu. Sungguh-sungguh membuatkan saya terkenang kepada arwah nenek saya, yang juga selalu ‘menyusahkan’ saya untuk membimbingnya satu ketika dulu.

“Izaiyyik?” Soalnya ingin saling berkenalan barangkali. Ah, masyarakat di sini memang ramah.

“Alhamdulillah,” jawab saya pendek. Cerita berterusan, sampailah kami masuk ke dalam masjid. Mengambil tempat masing-masing. Syukurlah malam ini tidak terlalu ramai orang. Masjid ini memang paling terkenal di tempat saya, paling besar juga saya kira. Menjadi tumpuan orang-orang ‘penting’ bertandang.

“Bila menteri datang ucapan lebih panjang daripada solat,” terimbau bebelan mak cik yang pernah duduk di sebelah saya ketika solat terawih satu ketika dulu. Tidak puas hati nampaknya, kerana apabila menteri-menteri datang maka masjid itu seolah-olah menjadi tempat berucap. Seingat saya Dr. M. Sayed Tantawi juga pernah datang ke situ, sehinggakan meriah dan bercahaya kawasan berhampiran rumah saya.

Kalau nasib ‘baik’, tengah-tengah bersolat habis dilanggar oleh orang-orang yang sibuk lalu-lalang. Dilanggar oleh mereka yang berbadan serba sasa, mahu tidak terpusing kita dibuatnya. Ya, pastikan saja dada itu menghadap kiblat. Pasakkan kaki seteguh-teguhnya, dan keraskan tubuh seperti tiang elektrik.

Insiden ‘berkasih-sayang’ juga selalu berlaku. Apalagi kalau bukan bertekak. Kerana sejadah, kerana jari ketika tahiyyat awal atau akhir, kerana…ah. Entah kerana apa lagi. Riuh juga kadang-kadang.

Yang pastinya kalau saya yang ditegur saya buat-buat tidak faham. Pernah juga teman yang meninggalkan solat sunat selepas Isya’ ditegur oleh seorang makcik menyuruhnya bersolat.

Tempat orang, raikan sajalah.

Teguran seorang mukmin kepada mukmin yang lainnya itu selalunya kerana ingin melihat perubahan. Meski terkadang keras bunyinya, dengarlah apa yang diperkata. Seperti seorang ibu yang giat membebel kepada anaknya, rupanya sayangnya tidak terhingga. Dan bukan menjadi kehairanan si anak itu merajuk marah, kerana dia tidak tahu bahawa si ibu itu terlalu sayang akan dirinya!

Begitulah terkadang melihat gelagat manusia di rumah Allah ini. Saling tegur-menegur walaupun terkadang yang ditegur menarik muka masam. Kalau tidak sayang masakan mahu dibetulkan.

“Kamu ini kurang tarbiyyah!”

Maksudnya jangan malas-malas pergi kelas dan tambahkan ilmu. Dia mahu yang ditegur itu ikut sama hebat seperti dirinya.

“Kamu ini kurang tadhiyyah!”

Maksudnya jangan mementingkan diri sahaja, korbankanlah diri untuk kebaikan yang lain juga.

Akhirnya…

“Ya, tarbiyyah ada yang kurang. Sehingga anak-anak tidak faham. Kita kemaskan tarbiyyah.”

“Ya, gerak kerja masih lembap. Kita sepadukan semua.”

“Ya, kita tidak boleh malas berusaha. Muslim mesti rajin!”

Segala puja dan puji itu kita kembalikan kepada Allah jua. Yang menentukan hikmah di balik tiap-tiap kejadian. Tidak sia-sia ibu itu membebel menyuruh anak mendengar.

Anak kadang-kadang dipujuk lembut tidak mengerti. Terus-terusan tidur dengan selimutnya.

Provokasi yang berhasil. Yess!

Salam ramadhan semua…

Friday, September 4, 2009

Pengalaman Berpuasa

Alhamdulillah..
sedar tak sedar kita semua sekarang berada dalam bulan Ramadhan..atau pun bulan pesta ibadah..
hmm..pada awal Ramadhan lagi aku cuti sekolah..so tak ada lah penat sangat..tapi start je sekolah balik,mula la rase penat sikit.Itulah dugaan di bulan yg mulia ni.Ramadhan ni di meriahkan lg dengan solat sunat terawih.Alhamdulillah,nak katakan full solat terwih tu tak la.Tapi aku tunaikan jugak.Nampak la peningkatannye dr tahun lepas.hehe.

Ramadhan kali ini macam biasa berbuka dengan keluarga..tapi kurang sorang..kakak aku kerja.so jarang berbuka sama sama.Tapi tak apa..raya nanti dia balik jugak.hehe.boleh paw habis habisan.Cita pasal baju raya..tahun ni kami sederhana je.Alhamdulillah sorang sepasang baju raya.Tahun ni baju aku lain sikit.hehe.Biasanya baju kurumg biasa,tapi tahun ni aku pakai baju papaya.Tak tahu la kenapa nama dia macam tu.Pi ni seangkatan dengan baju kurung la.CUma yang bezanya bahagian tangan je la.

Setakat ini tak ada apa apa masalah.Yang bestnye bila sorang budak ni,yang aku tak jangka dia akan bagi sms kat aku,akhirnya dia bagi jugak.hahah.seronok betul la....Sempat lagi dia jemput aku datang rumah dia raya nanti.huhu.Terharu..hmmm.Satu lagi..aku bersyukur sangat aku punya result exam semakin meningkat.Aku dapat no 14 dalam kelas..dari exam yang dulu no **hehe.rahsia...tapi tak ada la teruk sangat.

Rasanya sampai sini je kot..insyaAllah..dah nak dekat raya aku kongsi benda baru untuk semua.
Maaf di atas segala kesalahan aku..salam alaik.

Sunday, August 30, 2009

11 Jenis Manusia Didoa Oleh Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang melawat orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh