Saturday, June 27, 2009

KENAPA KITA...........

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !

......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !

......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !

......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !

......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !

......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !

......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid!

......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !

......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !

......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !

......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !

......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !

......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan
keimanan kita !

......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

Thursday, June 25, 2009

Al Muddatsir



Bismillahirrahmaanirrahiim


Ada manusia terpengaruh dengan pandangan mata

Tetapi ingatlah, pandangan mata selalu menipu

Ada manusia yang terpengaruh dengan ilmu manusia

Tetapi ingatlah, ulama dunia selalu mengaburi mata hati

Ada manusia terpengaruh dengan tutur kata yang sopan lagi lembut

Tetapi ingatlah, tutur kata yang sopan dan lembut itu bisa menjadi perangkap dunia

Ada manusia yang baik terhadap sebahagiannya tetapi bersikap tidak adil terhadap sebahagian yang lain

Tetapi, Allah Maha Adil, Dia membalas setiap perbuatan manusia setimpalnya

Wahai manusia, taatilah suruhan Allah, jauhi larangan-Nya

Sesungguhnya kamu tidak tahu apakah nasibmu di kemudian hari

Wahai manusia, dambalah syafaat Ar-Rasul Sallallahu ‘alaihi wasallam,

Baginda mengasihimu lebih daripada kasih sayang yang kamu curahkan terhadap Baginda

Wahai manusia, taatilah perintah kedua ibu bapamu,

Jangan meninggikan suara kepada mereka, apatah lagi berkata “Ah!”

Wahai manusia, berbuatl baiklah sesama ahli dunia, jangan membenci mereka

Hormatlah manusia sebaik-baik ciptaan Allah

Hentikan perpecahan, hati-hati dengan tipudaya iblis la’natullah

Jauhi peperangan zahiriah mahupun batiniah,

Jagailah hak-hak terhadap Allah sebelum menjaga hak-hak terhadap manusia

Manusia memang berakal dangkal, fikiran cetek

Selaku hamba-Nya di atas bumi yang hina

Manusia, maafkan aku kerana aku jua manusia…

Minta maaf semua atas apa yang dilakukan

Halalkan perbuatanku dari hujung rambut hingga hujung kaki

Halalkan makan minumku

Ya Allah, simpankanlah sebuah negeri akhirat yang mulia di sisi-Mu di sana nanti buat kami hamba-hambaMu yang hina ini

insyaAllah amiin


Firman Allah Ta’ala:

Sekali-kali tidak demi bulan

Dan malam ketika telah berlalu

Dan subuh apabila mulai terang

Sesungguhnya Saqar itu adalah satu bencana yang amat besar

Sebagai ancaman bagi manusia

(Iaitu) bagi siapa di antara kamu yang berkehendak akan maju atau mundur

Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang diperbuatnya

Kecuali golongan kanan

Berada di dalam syurga, mereka tanya-menanya.

Tentang keadaan orang yang berdosa

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?"

Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan salat,

dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin,

dan adalah kami membicarakan yang batil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya,

dan adalah kami mendustakan hari pembalasan,

hingga datang kepada kami kematian".

Al-Muddatsir ; 32-47

Wallahu a’alam







Wednesday, June 10, 2009

Tangisanku

Ingin aku ceritakan sedikit satu kisah yang pernah berlaku pada diri aku.Aku sekarang brumur 14 tahun dan brsekolah di sebuah sekolah yang terkenal dengan permainan hoki.Di sini lah bermula kisah duka aku.Setiap insan Allah kurniakn perasaan cinta terhadap sesama insan.Aku juga tidak trkecuali dari mempunyai perasaan trsebut.

Ketika aku berumur 13 tahun,aku jatuh hati terhadap seorang lelaki(A) yang ketika itu berumur 16 tahun.Satu hari,aku mengutus sepucuk surat kepada dia.Dalam surat tu aku menyatakan hasrat aku untuk mengambil dia menjadi abg angkat aku.Surat aku tak dibalas,dan sehingga lah satu hari ni,seorang kakak datang berjumpa dengan aku.Dia menyatakan bahawa (A) marah akan aku kerana aku sering bercerita tentang diri dia pada kawan2 aku yg lain.Sejak dari hari itu,aku tidak lagi brcerita tentang (A) pada kawan2 aku yang lain.Betapa sedihnya hati aku...

Satu hari ketika bulan Ramadhan,aku dipanggil oleh seorg lelaki.Dia menyatakan bahawa (A) ingin brjumpa dengan aku.Aku terkejut.Aku tertanya tanya,kenapa (A) ingin berjumpa dengan aku????Adakah dia masih arah pada aku??Aku brjmpa dengan (A).Rupa rupanya dia ingin brtanya pada aku apakah perasaan aku trhadap diri dia.Siapalah aku utk terus memberitahu dia tentang perasaan sebenar aku,aku menjawab bahawa aku menganggap dia tak lebih dari seorang abg,walaupun jauh dilubuk hati aku,aku menyukainya.Kemudian,dia memberi aku biodatanya.Ketika itu hanya Allah sahaja yg tahu betapa gembiranya aku.

Kemudian,aku tidak lagi bertegur sapa dengan (A),sehinggalah aku melangkah ke ting 2.Aku langsung tak tegur (A).Sedikit demi sedikit perasaan aku terhadap diri dia hilang dari hati aku.Akhirnya hubungan aku kekal hanya sebagai seorang sahabat...

Aku meneruskan hidup aku dengan penuh semangat.Aku redha apa yang terjadi..Tapi kadang kadang aku menangis..aku terkenangkan (A).Dia seorang yang baik,cukup baik bg aku.Ramai orang yang menyindir dia hanya kerana dia seorang yang lembut.TAK!!.bg aku dia tak lembut..ia kerana gayanya shja yg nmpakkan dia seorang lembut.

Tapi aku fikirkan siapalah diri aku yang tak seberapa ini..(A) seorang yang baik,alim dan seorang yang pandai..Tak pelah..mungkin tiada jodoh antara aku dan dia. Aku hanya mampu mendoakan kejayaan dia dunia dan akhirat.........ameen....

YA ALLAH!!!!AKU MERINDUI MU,KEKASIH MU DAN AKU JUGA MERINDUI *MM** *O*S*N.....SAMPAIKAN SALAM AKU PADANYA...

(Cite ni dapat dr sorng kwn baik sy.)

Tuesday, June 9, 2009

Tolong Berikan Aku CintaNYA

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendirir30;.
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.....

Monday, June 8, 2009

Kisah Seorang Imam dari Thailand


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Sunday, June 7, 2009

bEza AntArA sUkA dAn CintA (huhu)


Beza antara suka dan Cinta..huhuuhuhu 1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. 2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. 3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. 4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. 5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.



ok...beza antara suka dan cinta ni saya dapat dari sahabat saya..dia send kepada saya.dari petikan tu,kita dapat tahu serba sedikit perbezaan apabila kita berinteraksi dengan seseorang yang kita suka atau cinta.dan saya rasa saya dah tahu siapa yang saya suka dan siapa yang saya cinta.huhu.



Friday, June 5, 2009

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti SITI KHADIJAH?
Agung cintanya kepada ALLAH dan RASULULLAH,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah,
Penawar hati kekasih ALLAH,
Susah dan senang rela bersama.......

Dapatkah kudidik jiwa seperti SITI AISHAH?
Isteri RASULULLAH yang bijak,
Pendorong kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
melihat pengorbanan puteri solehah SITI FATIMAH,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah dia sebagai wanita penghulu SYURGA.....

Ketika aku marah
inginku intip serpihan sabar
dari catatan hidup SITI SARAH.....

Tabah jiwaku,
Setabah umi NABI ISMAIL,
Menggendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
diterik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada ALLAH,
itulah SITI HAJAR......

Mampukah aku menjadi WANITA SOLEHAH?
Mati dalam keunggulan iman
Bersih indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara MASYITAH.......

Monday, June 1, 2009

Kerajaan Iblis

Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar iblis.Iblis laknatullah mengetui kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat .Iblis duduk di singgahsana memberi arahan.dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya,seperti seorang presiden sebuah negara.Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar iblis.

DASIM

Ia dikatakan anak emas Iblis laknatullah.Kenapa?Dasim dan seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan.Iblis sangat benci dan sangat dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan.Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci rasa benci dan marah antara suami isteri.Apabila lafaz telah dijatuhkan,itu adalah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.

AL-A'WAR

Membentuk dan memudahkan laluan zina serta keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini.Iblis gembira apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah,kerana itu petanda keturunan pincang.


MASWATH

Anak iblis ini merupakan pakar dalam menipu.Dia dan pengikutnya sentiasa membisik fitnah,khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia.Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.


ZALNABUR

Si terkutuk ini dan kakitangannya pula berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki,pertengkaran dan pembunuhan.Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti di pasar atau kompleks membeli-belah.

TSABA

Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah.Mangsa banjir,mangsa tanah runtuh,mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai 'most wanted' Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah,manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah SWT atas semua yang terjadi.





MUTIARA KATA HUKAMAK

Jika dunia ini persinggahan,
mengapa tidak kita perbanyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan?
Kerana kita hanya ada satu persinggahan sahaja.

Jika pemberian orang lain tidak di hargai,
untuk apa pula kita mengharapkan orang lain menjaga hati kita?
Orang memberi kita merasa,
berbudi bahasalah sesama insan.

Ada 4 tanda tanda orang berakal.
Cinta pada ilmu,
tidak berubah mukanya waktu menerima umpat dan puji,
bagus jawapannya
dan banyak benarnya.

Jelingan tidak sama ertinya,

jelingan pemimpin mempasti,

jelingan anak takut dimarahi,

jelingan bapa mengawasi,

jelingan musuh sakit hati,

jelingan perempuan jatuh hati.