Thursday, May 28, 2009

BIODATA IBLIS

Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.
Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

TIPUDAYA SYAITAN SEMASA SAKARATUL MAUT

Semasa manusia menghadapi sakaratul maut, syaitan-syaitan datang lalu menyamar menyerupai orang-orang yang sangat dicintai oleh orang yang nazak tadi, tetapi mereka itu telah mati seperti ibu, bapa atau abangnya yang telah mati. Syaitan yang menyamar tadi duduk di kiri dan kanan manusia sambil berusaha keras untuk menyesat dan mengodanya. "Mungkin engkau akan mati sebentar lagi, kami telah mengalaminya terlebih dahulu. Kami merasakan mati sebagai Yahudi atau Nasrani itu adalah lebih baik. Oleh kerana itu baik kamu mati secara Yahudi atau Nasrani". Begitulah antara rayuan yang akan didengar oleh orang yang nazak. Dalam keadaan yang sangat dahaga, orang yang nazak tentulah inginkan air dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi jika dia mampu. Pada ketika ini syaitan berusaha memusnahkan iman seorang mukmin. Maka syaitan yang menyamar tadi mendatangi di sekitar kepalanya sambil membawa semangkuk air lalu menunjukkan kepada si nazak tadi. Maka orang mukmin itu berkata :"Berikan air itu kepadaku". Lalu syaitan menjawab :"Katakanlah, tiada seorang yang berkuasa di alam ini, barulah aku memberi air kepadamu". Bayangkan bagaimana keadaan kita....tertipukah kita ??? Kemudian, syaitan mendatangi sekitar tapak kaki orang mu’min tadi sambil mengerakkan mangkuk berisi air. Lalu kata mukmin tadi : "Berikan air itu kepadaku". S yaitan menjawab : "Katakanlah bahawa Rasulullah dusta, barulah aku berikan air ini kepadamu". Alangkah malangnya orang menyahut permintaan syaitan itu, pasti nerakalah habuannya angkara terlalu dahaga tertipu juga akhirnya, keluarlah ia dari dunia dalam keadaan KAFIR. Semoga kita termasuk dalam golongan yang celaka ini. Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah diriwayatkan bahawa Abu Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya berulangkali menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu Zakaria memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : "Aku tidak akan mengucapkannya". Binggunglah seluruh teman dan ahli keluarga. Kemudian dia tersedar dan kedua matanya terbuka lalu berkata : "Adakah kalian mengatakan sesuatu kepadaku" Mereka menjawab : "Ya, tetapi engkau memalingkan mukamu sebanyak dua kali". Kali ketiga engkau mengatakan : "Aku tidak mengucapkannya". Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis mendatangiku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku sambil menggerakkan mangkuk. Ia berkata kepadaku : "Apakah engkau memerlukan air" Lalu saya berkata : "Ya memang". Seterusnya iblis berkata : "Katakanlah bahawa Isa anak Allah". Maka saya berpaling dari arahnya. Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil berkata kepadaku seperti tadi sebanyak 3 kali. Kemudian dia berkata lagi : "Katakanlah, tidak ada tuhan". Lalu aku mengatakan : "Aku tak akan mengatakannya". Iblis itu terus membalingkan mangkuk di atas bumi dan mengambilnya semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan. Saya tetap menolak ajakan iblis itu sambil berkata : "Aku tidak akan mengikuti kamu semua".

Wednesday, May 27, 2009

KEBAIKAN ALLAH


Mencintai ALLAH SWT.

Kita dituntut mencintai Allah SWT daripada yang lain.Allah sangat baikdan sangat sayang kepada kita.Jadi,kita mesti mentaati segala perintahNya.Ada perintah berbentuk suruhan dan ada pula perintah berbentuk tegahan atau larangan.

Mentaati perintah Nya.

Segala perintah suruh hendaklah kita laksanakan.Manakal perintah tegah hendaklah kita tinggalkan.Kita sudah tahu apa yang Allah suruh iaitu perkara-perkara kebaikan.Perkara yanag Allah tegah pula ialah yang berbentuk dan bersifat kejahatan/kemungkaran.

Rahmat dan kasih Sayng Allah.

Allah SWT menyuruh kita mentaati perintahNya kerana Dia tidak mahu kita menerima nasib yang buruk di akhirat nanti.Allah melimpahkan rahmat dan kebaikanNya dari dunia sampai ke akhirat.Orang yang mentaati Allah mudahlah beroleh rahmat dan kasih sayangNay.

Anugerah di sebalik perintahNya.


jadi,perintah yan Allah beri kepada kita bukan sebagai perintah semata-mata.Sebaliknya merupakan anugerah yang tidak ternilai.Dengan
mentaati perintah-perintah Allah ,kita akan beroleh keselamataan di dunia dan akhirat.Allah tidak mengambil sedikit pun manfaat daripada kebaikan dan segala pemberianNya.


Tuesday, May 26, 2009

Manusia hanyut.....


cipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.



Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwan yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

Monday, May 25, 2009

Redha..

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Asslamualaikum..hmmm..sy nak kongsi dengan anda semua tentang masalah yang sy lalui sewaktu di sekolah rendah dahulu sehingga la sekarang.Begini......

Sewaktu sy darjah enam sy telah difitnah oleh kawan kawan sy.Sy difitnah meniru ketika peperiksaan canang,canang ke berapa sy tak pasti sebab dah lupa.Waktu tu perasaan sy sangat sedih..sy cuba memberitahu kawan kawan sy perkara yang sebenar bahawa sy tidak meniru ketika exam canang,tapi mereka tetap tidak percaya.Dalam sy menempuh segala tomahan yg dilemparkan kepada sy,alhamdulillah Allah SWT mengurniakan kepada sy seorang sahabat yg kini tinggal di asrama.Dia sahaja yg bersama sy ketika itu.Dia langsung tidak menghiraukan semua fitnah yg dilemparkan kepada sy dan dia memberi semangat kepada sy.

UPSR semakin hampir,sy terus berusaha.Suatu hari,kawan-kawan yg telah menfitnah sy berjumpa sy dan meminta maaf di atas segala tuduhan mereka terhadap diri sy.Sy tersenyum dan menangis kerana sy bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menunjukkan siapa diri sy yg sebenar kepada mereka.Sejak dr hari itu sy berkawan baik dengan mereka.
Alhamdulillah...ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG YANG BERSABAR..

Sunday, May 24, 2009

friends(girl)

ok,we start now with..

fina(afrika):dia ni cute sangat2.cantik n...???dia suka buat orang ketawa.dalam kelas dia la yang paling putih and cute.(bape kali nak bg tau ni??).dia seorang PSS.dia selalau wat lawak kt kelas dan yang paling best sekali dia adalah MY BEST FRIEND!!.dia kalau da masalah dia akan cerita kat sy and same like me if i have problem dia la tempat sy curahkan masalah tu.hoho.

najwa(badut):dia seorang yang pandai.UPSR pun dapat 5 A.dia jugak seorang PSS.kalau da benda tak faham,sy akan tanya dia.dia duduk sebelah sy masa kelas agama(tu pun nk bg tau).dia selalau bagi nasihat kat orang including me.huhu.

farhana(??):dia berbadan agak besau.hoho.dia aktif dalam kawad kaki...

amyra(alient):dia ni kurus je..amik berat pasal orang.dia jga seorg PSS.dia pakai spek.dia ni kira bertanggungjwab la jugak..

tina(golf):dia seorang pemain golf negeri sembilan.dia memang terer golf.dia tinggi and tembam..

wokey,its complete now!!

I LOVE ALL MY FRIENDS!!

my friends(boy)

ok,i want to tell about my friends in my class.i start from..

zaid(skema):dia ni ketua tingkatan kls 2 Cempaka maknenya kelas sy la.die ni org kata seorg yang alim and skema becoz die memang skema la(lol).die ni terer dlam agama and math.kalu sape2 tak dapat buat kerja yang cikgu bg,die la yg tolong sambung kan.huhu.

fadzrin(Gaza):die ni seorang yang lawak and sumtime die gile sikit.hoho.org panggil die Gaza or Matahari sebab rambut die and rupe die macam rakyat Gaza.(just joking).when he lough,oh no!!!macam satu dunia boleh dengar die gelak.im not sure la die terer subjek pe.

kamarul(dugong):kamarul is a hokey player.(sori kalo ejaan salah).dia berbadan besar(bkn gemuk).dia seorang yg kelakar and semenjak dia duk asrama ni dia start tido dalam kelas.

iwan(flowerfon)lol:orangnye kurus.tinggi..but tak handsome.dia klau pergi skolah macam x pergi skolah.orang lain bawa bku smpai lenguh bahu ni,tapi dia hanya bawa beg kain dan badan dia sendiri.

syafie(sotong):orang cakap dia sotong sebab cara dia mcam sotong(bukan org yang tut.....).rambut dia kerinting(bukan kembang)tp dia punye rambut jenis kerinting and leper.dia suke mendengar cerita dr kwan die especially me!!.huhu

nizam(bdk kecil):orangnye kecil je.pendiam but when start talking,die tak akan berhenti..hoho.

thats all..

NOTE:gelaran ( )adalah gurauan semata mata.

Ilmu dan cita cita













Semua orang ada cita cita yang diimpikan dan sy tidak terkecuali.Cita cita sy adalah untuk menjadi seorang pensyarah.Sy berminat untuk menjadi seorang pensyarah ialah kerana bagi saya pensyarah ni memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak bangsa supaya berjaya.Tugasnya lebih kurang seperti tugas seorang guru di sekolah tetapi yg membezakan pensyarah dan guru adalah pensyarah memberi ilmu kepada golongan yang lebih berumur dan guru pula memberi ilmu kepada golongan yang muda.(lebih kurang cam tu la).

Sekarang ni sy berada di tingkatan 2 dan bersekolah di smk dato mohd taha di Gemencheh.Sebelum ni sy bersekolah di sk dato abdullah.Alhamdulillah UPSR sy mendapat 4 A 1 B.Pada mulanya sy agak kecewa dengan keputusan yang sy dapat tp,dengan sokongan keluarga dan guru alhamdulillah sy dapat meyakinkan diri sy untuk terus berusaha mencapai kejayaan.Sy di sekolah memegang jawatan sebagai seorang pengawas,ajk kelab perlancongan dan bendahari kadet polis.

Subjek yang sy suka adlah subjek agama islam,matematik dan bahasa inggeris.Nak dikatakan dapat markah yang tinggi tu tak la,tapi alhamdulillah boleh la faham.Sy bercita cita juga untuk melanjutkan pelajaran sy ke Universiti Al-Azhar Mesir.Semoga cita cita sy ini akan tercapai dan perjuangan sy diredhai Allah SWT.Ameen...

Saturday, May 23, 2009

Ibnu Sina


Apakah sumbangan beliau???















1.Orang yang pertama menggunakan suntikan jarum menembusi kulit,menggunakan bius dalam pembedahan,dan mengkaji penyakit perut dan usus secara terperinci.

2.Orang pertama yang maklum tentang kesan emosi(kejiwaan) pada sistem penghadaman,kenal pasti kelumpuhan muka,fungsi cacing perut,alat pernafasan,penyakit saraf dan kaedah menuam dengan ais.

3.Orang pertama yang menemui hukum pertama gerakan(dalam ilmu Fizik)seperti tercatat dalam kitabnya Ash Shifa.Ini bermakna dia mendahului Isaac Newton selama 500 tahun.

4.Dalam bidang muzik,dia menjadi orang pertama yang mengupas tentang komposisi nada dan tempo,sebab terjadinya nada kasar yang rendah dan nada halus yang nyaring.Juga orang petama yang bercakap tentang skala berwarna yang terdiri daripada gabungan nada-nada berturutan,juga tentang pembahagi muzik tersususun.

KELAKARISATION














Kelakar..Duit RM 20 kelihatan begitu besar bila dibawa ke masjid,tapi begitu kecil dibawa ke FRESCO.

Kelakar..30 minit terasa begitu lama untuk berzikir tapi bertapa pendeknya waktu itu untuk pergi jom-heboh.

Kelakar..
Betapa lamanya berada 2 jam di musolla tapi betapa kejapnya menonton wayang di panggung.

Kelakar..
susah sungguh mengungkai kata untuk di panjatkan saa doa atau solat tetapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan,boyfriend and girlfriend.

Kelakar..Susah
sangata baca Al Quran 1 juzu' sahaja tapi Gempak atau Novel best-seller 200 halaman pun habis ditelaah.

Kelakar..
Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert tapi berebut saf paling belakang apebila sembahyang jemaah.

Kelakar..Susah
nya orang-orang mengajak menyebarkan dakwah tapi mudahnya menyertai dan menyebarkan gosip.

Kelakar..
Kita boleh menghantar beratus-ratus sms atau email tapi bila mengirim berkaitan dengan ibadah eorang berfikir dua kali.

Kelakar..Susah
untuk kita menghafal urah Al-Mulk tapi mudah untuk menghafal satu lbum Samsons.

..RENUNGKANLAH..

tAkE mY heArT(enjoy)
















You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too



I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

ADAB SAHABAT

1.Cintailah sahabat kita dan jadikanlah diri kita dicintai sahabat.
2.Bersahabatlah dengan orang baik,alim dan selalu tersenyum.
3.Selalu menunjukkan kegembiraan kita kepada mereka.
4.Jika kita menyayangi seorang sahabat tunjukkan bahawa kita sayang kepadanya.
5.Bersama-sama suka atau duka.
6.Selalu bertukar hadiah untuk eratkan kemesraan.
7.Jika salah faham,selesaikan dengan segera.
8.Selalulah bermaafan dan mengakui kesalahan diri.
9.Sentiasa mengambil berat akan diri sahabat.
SAHABAT SELAMANYA..

Cinta Allah


Adakah anda menyintai Allah??Penghulu sekalian alam.Adakah anda melakukan segala perintahNya??Allah SWT melihat segala perlakuan kita.Allah melihat segala-galanya.Mengapa apabila kita ditimpa musibah kita mengeluh dan kita menyalahkan Allah?Kita mengatakan bahawa Allah itu tidak adil.Apa yang kita hendak,Allah tidak tunaikan,tetapi apa yang kita tak nak Allah berikan kepada kita.Sedarlah,bahawa Allah mengasihi seluruh hambanya.Apa yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik bagi kita.Setiap sesuatu perkara yang berlaku ada hikmahnya.Berdoalah,pohonlah kepadaNya agar kita sentiasa berada di dalam perlindunganNya.