Wednesday, December 9, 2009

..Bagaimana Berwuduk Zahir dan Batin??..



Suatu hari, Isam bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid
bernama Hatim Al-Assam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman,
bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk
zahir dan batin."
Isam bertanya: "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata: "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh
semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh
hati dari tujuh perkara:

> Bertaubat
> Menyesali dosa yang telah dilakukan.
> Tidak tergila-gilakan dunia.
> Tidak mengharap pujian orang.
> Tinggalkan sifat riyak.
> Tinggalkan sifat khianat dan menipu.
> Meninggalkan sifat dengki.

"Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan
seolah-olah aku sedang berhadapan dengan Allah, syurga disebelah
kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat Maut berada di belakangku,
dan aku bayangkan pula seolah-olah berdiri diatas titian siratul mustakim
dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku.
Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

Hatim menyambung lagi: "Setiap bacaan dan doa di dalam solat,
aku faham maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk,
aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam
dengan ikhlas. Beginilah aku solat selama 30 tahun."



WUDUK bukan sekadar air yang mengalir...

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa nabi s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari akhirat nanti dalam
keadaan putih berseri pada anggota wuduk kesan daripada wuduk."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

0 comments: